Hadist 26 Al-imam Annawawi

16 Jul 2010.
عن أبي هریرة t قال: قال رسول الله e : (( آل سلامى من الناس عليه صدقةٌ آل یوم
تطلع فيه الشمس، تعدل بين اثنين صدقة، وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها، أو ترفع له
عليها متاعه صدقة، والكلمة الطيبة صدقة، وبكل خطوة تمشيها إلى الصلاة صدقة وتميط
الأذى عن الطریق صدقة )) رواه البخاري ومسلم.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau
berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah,
engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas
kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau
hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya
adalah sedekah.
Pengajaran hadis:
(1) Seperti hadis 25, hadis ini menerangkan bahawa setiap amal perbuatan mukmin walaupun kadangkadang
dianggap biasa atau sedikit, akan mendapat pahala sedekah.
(2) Seorang mukmin boleh mendapat pahala sedekah hasil setiap pergerakan anggota tubuh badannya.
Tangannya, kakinya, mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal
kebajikan.
(3) Ruang untuk mendapatkan pahala dalam lslam amat luas dan tidak hanya terbatas kepada amal
ibadat khusus semata-mata, sehingga kadang-kadang tidak disangka bahawa sesuatu perbuatan yang
dianggap biasa menjadi ibadat dan diberikan pahala.

Comentários:

Posting Komentar

 
My Story © Copyright 2010 | Design By Gothic Darkness |